okayy entry kali ni saya nak bg sedikit info ye!
WANITA SOLEHAH !
Renungan buat insan yang bergelar wanita. Ketahuilah betapa istimewanya
dan bertuahnya menjadi wanita. Bagi kaum lelaki, hormatilah kaum wanita yang bergelar ibu dan isteri. Berikut adalah himpunan hadis-hadis yang berkenaan.
Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda :
"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
*Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
*Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
*Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia
menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
hatiberkatamulutmembebeltanganmenaip by ; atiqaaarissa
No comments:
Post a Comment